Page Not Found .: January 2016

Friday, 1 January 2016

Welcome 2016

Assalamualaikum wbt

Happy New Year guys!! Serious do mimpi apa tiba-tiba nak aktif blogging balik niii. Blog ni last post dia masa aku form 3. Zaman PMR dulu dulu. After PMR tu malas dah kot nak bukak blog ni balik.

Apa aku buat eh lepas SPM? Haha. Agak melucukan sebab sebelum SPM tu bapak sembang laaa nak buat trip dengan member, nak hang sama sama, nak kerja. Hahaha! last last mereput gak. Ye laaa member semua busy dengan life masing-masing, ada yg kerja, ada yg trip dengan family. Aku ni masalah kebenaran dari parents do. Kerja pun ayah tak kasi. Ayah suruh berbakti kepada kedua ibu bapa. Huhu. Kita ikut je laaa kata ayah :P Orang tua tua makan garam dulu dari kitaaa ni. So, kita ikut je lah ye. ( bagusnya khilwa, semoga jadi anak yg solehah kikiki)

Okay, nak start dengan apa eh. Hah! 2016 ni adalah tahun yang aku sangat nanti-nantikan. Sebab.. aku nak mulakan hidup baru dengan persekitaran yang baru. Haha, kalau korang nak tahu, 2015 adalah fasa penyiksaan. SERIOUSLY! Tapi fasa penyiksaan ni berakhir dengan kegembiraan tau. Salah satu sebab dia fasa penyiksaan, mungkin sebab SPM year kot. Tu laaaa, tahun tekanan, tahun pengorabanan bla..blaaa... Sebab ayah selalu ingatkan, bukan ayah je tau, cikgu-cikgu, member-member, pakcik sedara, atuk, nenek, hah semua orang lah! Mereka ni kata SPM NI PENTING! SPM ni penentu masa depan kau! SPM ni lah pengorbanan! SPM ni yang paling dinilai! SPM lebih bernilai dari PMR dan UPSR! and yang paling aku touching bila ayah berharap sangat result SPM ni cemerlang macam PMR and UPSR dulu. Wuuuuuuu. Tengok betapa besarnya harapan ayah :'(

Aku sebagai anak yang ada rasa tanggungjawab agak tersentuh lah bila dengar harapan ayah dari mulut ayah sendiri. Hmm, mak ada cakap benda yang sama. Tapi, mak tahu kemampuan aku. Mak berharap benda yang sama, tapi mak lebih kepada tengok pada rezeki lah. Sebab banyak kali jugak lah aku cerita dekat mak keperitan ambik subjek science ni. Pada aku memang susah, sebab aku ni MALAS. Ramai je member yang terror. A sokmo utk keempat empat subjek tu. Diorang makan nasi jugak. Diorang usaha lebih dapat lebih. Aku usaha ciput, dapat pun ciputlah. Hahaha.

Dah lah, tanak laa cerita pasal SPM ni. Hahaha. Cuak bai. Kita berserah pada Allah saja lah. Dah usaha kan, ,mesti lah Allah akan bagi punya. Okay! Sebenarnya nak throwback banyak banyak pasal zaman persekolahan yang aku akan ingat sampai bila-bila. Sepanjang 5 tahun sekolah kan, banyak benda aku belajar. Banyak benda sebenarnya yang membentuk aku menjadi seseorang. Huhu, cewah. Aku pun rasa aku ni matang sikit lah. HAHA. Tak rasa begitu? Okaylah nak throwback, start dari Form 1

Fasa sengal, selenger dan jahil : 2011

SMKA SIMPANG LIMA? Sekolah apa tu. Tak pernah dengar pun. Yang aku tahu, SBPI sabak je lah. Ada jugak eh sekolah yang agama dan kebangsaan campur sekali. Kira macam 2in1 gitu. Memandangkan mohon SBP tak dapat, mak pun uruskan lah pendaftaran masuk ke SLISS ni. (nama glamour gitu) Em, first time untuk seumur hidup aku, duduk asrama dan berdikari. Awal-awal memang laah susah gak nak buat kawan sebab ye lah, masing-masing background yang berlainan. Ramai gak dr Klang, Shah Alam, Keyel. Memang macam-macam peel lah. Termasuklah aku yang perangai macam tah pape tah. Dah lah tak matured. Masa form one kan banyak gila bergaduh dengan batch sendiri. Kira kitorang ni tak unite langsung lah. Biasalah perempuan ni sangat complicated. Assabiah yang teruk. Aku ni pun ada geng sendiri. Haha. Perang dingin dengan perang saraf dilancarkan tanpa kitorang sedari. Sampai lah suatu hari ni kan, aku berterima kasih sangat sangat pada akak senior dan exco tahun tu, aku tak ingat sangat la batch mana. hah, batch kak Lily. Huhu. Dorang anjurkan satu program tu. Malam pulak tu, lepas solat isyak. Memandangkan surau aspuri dengan aspura asing, so ia memudahkan lagi untuk membaiki ukhuwah sesama aspuri ni. Program tu pasal persahabatan tau. Biasalah dia tutup lampu gitu, mula laaah buat ayat deep gitu, and masa tu semua form one menangis teresak-esak, takde sorg pun yang takde perasaan malam tu. Semua sedih lah. Memang berkesan lah program tu. Dari situlah, masing masing carik musuh perang dingin dulu, and saling bermaafan. Memang malam tu ikhlas dari hati. Alhamdulillah, sejak dari tu semua kenal hati budi masin-masing. Yang paling kelakar kan, musuh aku dulu jadi kawan baik aku tau! Siapa sangka, persahabatan ni tak semestinya bermula dengan perkenalan yang baik. Kadang yang bermula dengan permusuhan tu lah yang paling berharga hingga ke jannah tau. Huhu.

Fasa Gangster yang Tak Bertauliah : 2012

"Dah senior doh"
Cehhhh, padahal baru dapat satu batch junior. Baru form two. Haha, memang masa ni fasa baru nak Up. 8 Januari tarikh bermulanya segalanyaaa. Masa tu, terbinalah satu hubungan persahabatan yang terdiri daripada 11 orang perempuan termasuk aku. Tetapi! persahabatan ini disalah ertikan. Haha, macam mana tah boleh tersebarnya rumors dan gelaran "11 Bintang". Budak kena aimed selalu. Lawak lawak. Bajet psycho lagi, Tapi moment ni lah paling aku ingat dan aku tak akan lupa. Huhu. Gaduh dengan senior semua tu and ape benda tah lagi yang kitorang sama sama buat. Tindakan yang agak tak matured. Macam mana boleh terjadi ni?? Semuanya sebab masing-masing ada rasa nak memberontak. Rasa nak bebas. Pendek akal. Ni lah ciri-ciri budak nak Up. Cikgu selalu kata ktorang ni ibarat nak tegakkan benang yang basah. Tapi kitorang sentiasa menafikan dan rasa diri sentiasa betul. Huhu. Hakikatnya cikgu sangatlah betul. Biasalah tu, aku rasa beruntung sebenarnya, sebab tak semua orang rasa pengalaman macam ni. Walaupun ada sesetengah orang kata, tak patut lah ada pengalaman macam tu, lebih baik ada rekod bersih je kat sekolah, buat hal macam tu tak ada siapa suka, ramai yang benci... Hahaha. Tapi korang tak tahu pengalaman ni mematangkan. Serious lah. Kalau kat sekolah, kita tak pernah langgar peraturan atau buat kes, tak feel do. Tak seronok. Memang lah orang kata kena belajar, pandai-pandai lah maintain. Haha, pendapat aku lah. Sambil-sambil belajar tu carik jugaklah pengalaman kan. Haha!

Fasa Pembentukan Sahsiah : 2013

Selamat tinggal SLISS.

"Kenapa?? Kenapa kau pindah sini?? Ni sekolah kampung kot, budak SMK tak excellent macam budak2 smka dan sbp. Habislah masa depan kau nanti"

Aku pack semua barang aku lepas cikgu disiplin "menggalakkan" aku pindah. Haha! Aku call mak aku dan aku kata aku nekad nak pindah. Aku kena halau. Memang tak dapat dinafikan. Akhirnya, bintang tinggal 9 orang di SLISS. Aku jenis yang tak tahan hati. Hati tak kental dan cepat mengalah. So, mengalah dengan cikgu tu dan aku pindah ke SMK MUNSHI ABDULLAH. Aku dengan sorg member pindah masa akhir tahun form 2. Tapi member aku ni pindah KUSISS. Setaraf lah kan. Aku paling tabah lah pindah SMK biasa. Takpe, kita cuba. Memandangkan mak aku pun cikgu arab dekat sekolah tu. Takpelah, aku carik pengalaman baru sekolah kat SMK.

Otak aku ni tak pernah terlintas walau sekilas lalu pun yang aku akan bersekolah di SMK Munshi Abdullah. Seriously. Nampak tak aku tak pandang sekolah ni. Sekolah ni kurikulum tak excellent macam sekolah lain. Memang selalu laah kedudukan last last gitu. Tapi sebelum aku pindah ke situ, ex-warden aku jumpa aku, we had a conversation abt my future nanti.

"Sekolah kat mana-mana sama je khilwa, yang penting DIRI SENDIRI"

Siapa sangka, awal-awal masuk agak kekok dan pendiam. Dengan imej sekolah agama, bertudung labuh. Masatu, agak tergugat bila orang perlekeh "eh, labuhnya tudung *gelak terkeluar anak tekak*" Aku telan semuaanyaa sebab aku dah sedia utk terima balasan atas apa yang aku dah buat kat orang dulu. Sampai satu masa aku tak tahan, aku buat status kat FB bai!

"Hina sangat ke orang pakai tudung labuh"

And masatu semua munshians like. Dari situ aku harap dorang tahu aku tengah perli dorang. Last last, benda semua jadi okay. Masing-masing dapat terima diri masing-masing. Aku jadi kuat sebab ada mak aku. Memang tujuan aku masuk Munshi untuk score PMR and banggakan mak aku. Itu je. And yang jadi aku lebih kuat, sebab ada kawan-kawan sekelas aku yang sentiasa support and baik dengan aku. Dorang tak segila-gila kawan-kawan aku dulu, tapi hati dorang baik. Slow-slow aku boleh masuk dengan dorang. Sampai lah PMR tibaa dan result pun keluar. Alhamdulillah azam 2013 tercapai, iaitu banggakan mak. Lepastu aku tekad nak keluar dari Munshi!

Fasa Khilwa Menerima Segalanya : 2014

Aku kunci pintu bilik. Aku sedih. Seharian duduk dalam bilik, menangis mengenangkan nasib sendiri. Kenapa? Allah nak siksa aku ke? Sampai macamtu sekali aku monolog dalam diri. Ni semua sebab aku nak sangat pindah dari Munshi, aku nak mulakan hidup baru, aku nak kehidupan aku yang sebenar. Bukan dekat Munshi! Ni bukan impian aku!

Aku tak dapat mana-mana permohonan SBP. Itu paling menyedihkan. Sebab itu impian aku. Awal tahun tu kecoh dah, member-member semua dapat pindah ke sekolah yang lebih baik. Tapi, aku? masih disini. Memang aku kecewa tahap dewa. Serious sedih. Mak banyak kali pujuk. Mungkin rezeki nabila dekat Munshi. Ada hikmahnya. Aku telan semuanya. Aku redha. Takpelah, life must goes on. So aku decide ajak member masuk hostel. Kat hostel ni seronok sikit. Boleh lah kawan dengan semua orang. Siapa sangka bila daftar asrama hidup aku lebih menggembirakan. Alhamdulillah.

Biarlah tak dapat SBP ke apa ke, duduk Munshi sampai akhir form 5 pun aku dah tak kisah. Sebab aku dah seronok. Paling seronok bila dah masuk dengan member kelas lain lah, semua masuk air. Tu pasalla masa form 4 ni tak perform sangat sebab aku sendiri main main. Hahahah! Bukan pengaruh orang eh! aku sendiri. Banyak aktiviti buat sama-sama, lagipun dah senior kan. Dengan form 5 pun okay dah. Masatu aku rasa semua member aku! Semua adik beradik.

Sedar tak sedar, dah hampir setengah tahun and birthday pun nak dekat dah, Sampai satu hari, mak panggil aku ke bilik dia. Aku masuk dengan tenang, sebab ingatkan nak bagi barang tertinggal ke apa ke, sangkaan aku gila meleset. Mak aku bagi sampul coklat yang agak besar.

"URUSAN SERI PADUKA"

Maigad. Jangan cakap aku dapat SBP. Kalau dapat aku tolak. Masatu tempoh pendaftaran tak lama. beberapa hari lepastu dah kena daftar and kena buat keputusan secepatnya. Nak buat solat istikharah pun tak sempat wey! Bukak-bukak je SBPI TUN ABDUL RAZAK, PEKAN, PAHANG.
Really nigga?! HAHAHAHAHHAA. Lawak apa sampai ke Pahang sehhhh, Tempat kelahiran Najib tu, Gila keberatan nak terima! Mula-mula memang aku decide nak tolak. Tapi! Semua cikgu suruh aku pergi :( Takde backup baiiii. Semua cikgu kata aku terlalu selesa kat Munshi, kesungguhan aku nak belajar pun dah hilang. *sebab aku main main* Dorang pun suruh aku carik pengalaman baru dan belajar cara budak SBP belajar. Bila tanya mak, mak kata, pindahlah. Untuk kebaikan Nabila bila SPM nanti. Aku tewas.

Beberapa hari sebelum pindah, ADMA ada buat birthday party. The Best Party Ever. Kebetulan birthday aku bulan tu kan. And malam tu, aku setuju kot nak buat persembahan terakhir. Aku menyanyi do. HAHAHA. Arjuna Beta, Aku, Nazlin, Qila and Arni. Iqmal main gitar. Masa persembahan tu, memang semua senyap. Siapa tak terkejut, anak ustazah menyanyi!! HAHAHA habislah aku kena ganyang dengan mak! Malam tu sedih, Masa menyanyi tu aku sedih sangat bila pandang semua audience yang aku akan tinggal. Midnight macam tu, mak ayah datang nak ambik balik. Masatu drama teruk. Semua menangis. Aku paling teruk menangis sebab kena tinggalkan semuaaaa. Bila dah sayang ada je perpisahan meragut kebahagiaan tu. Sejak tu, aku tak boleh move on.

Sampai je Instar, Pekan, my life totally changed, 360 degree. Masa tu aku tak tau apa yang aku belajar, sampai ranking pun tercorot. Tercorot habis lah. Serious do, homesick menyelubungi diri aku. Aku dah kata aku tak boleh move on. Tak semua orang aku terima sebagai kawan, certain people je. Aku taknak kenal whole school. Sebab aku tak suka! Aku tak suka nak ambik tahu! Aku tak ikhlas! Masa ni aku berperang dengan diri sendiri. Luaran aku nampak happy dan cool, dalam hati aku terseksa. Aku benci sekolah ni.


Fasa Penyiksaan : 2015

Aku taknak balik asrama! Aku taknak balik Pekan! Aku kadang terfikir, apa hikmahnya Allah hantar aku kesini? Dulu ni impian aku, tapi kenapa masa aku dah happy kat Munshi, baru smpai seru aku utk belajar kat sbp. After a month school break, aku pack semua barang utk pulang ke sekolah yang "tersayang". Aku tekad untuk lebih tabah, belajar dan pulun habisan, tebus kesilapan masa f4 dulu dan bertahan selama setahun di Pekan, Pahang. Aku dah start melancarkan misi move on masatu.

Slow-slow aku adapt dengan situasi kat sini. Sbp life is totally different dengan life di SMK biasa. Memang lain. Situasi pedalaman tu aku dah biasa. Sebab aku sendiri tinggal di kampung dan sekolah pun di kawasan pedalaman. So, aku tak kisah sangat. Tang tu aku dah boleh settle sendiri. Masalah persekitaran je sekarang ni. Hal belajar, Alhamdulillah okay je, Tahun ni aku start kenal semuaaa cikgu dan aku seronok belajar sebab hati dah ikhlas dan redha, In addition, aku sendiri nak berjaya untuk SPM ni. So aku kena struggle habis lah. Kalau bab homesick tu memang takkan luput walau ditelan zaman. KAHKAH.

Tersiksa tahun ni, sebab duduk jauh dari family, korban cuti, raya pun tak lama. Raya tahun ni sedih, sebab tak dapat baraan macam tahun tahun biasa. Cuti pun kejap je. Pastu busy belajar. Kelas tak henti henti. Jadual belajar sangat pack and baru aku tau mcm ni rupanya sbp life and macam mana cgu sbp boleh maintain kan budak budak dia dalam ranking for every examination. Gila pulun!

Apa lagi yang tersiksa? Of course lah masalah member. Banyak. Banyak sangat. Masalah assabiyah. Aku sendiri assabiyah. Tahun ni, baru aku nampak belang masin-masing, and aku kenal mana kawan mana lawan. Tahun ni jugak aku tahu, manusia boleh berubah. Dulu yang paling rapat, jadi stranger bila berjumpa. Tapi, dulu yang aku tak kenal hati budi, tu lah yang paling aku rapat. And pasal ketidakpuashatian aku, aku suarakan. Masa ni jugak aku tunjukkan belang aku sendiri. Banyak konflik, lagi2 bila start semua form 5 turun bawah. Awal-awal memang banyak gak masalah. Sampai satu masa, orang yang aku percaya, hanya seorang sahaja. SEORANG. Masatu jugak aku belajar, siapa backstabber, apa padahnya menyibuk hal orang, bahana mengutuk belakang, siapa layak jadi kawan dan sebagainya. Banyak silap aku. Banyak jugak aku maafkan orang dan banyak jugak aku mohon kemaafan dari orang lain. Dah lah semua benda ni jadi masa trial SPM. Haha. Gila lah. Memang gila. Masalah sentiasa ada.

Nak dekat SPM, Alhamdulillah, aku kenal semua orang. Aku kenal hati budi masing-masing. Siapa sangka, aku boleh rapat dengan orang yang aku tak pernah terfikir aku akan anggap dia adalah individu terpenting dalam hidup aku. Slowly aku boleh masuk dengan semua orang. Dan aku boleh hadapi SPM dengan tenang. Tang tak boleh jawab tu masalah aku sendiri lah. Siapa suruh tak study betul betul. Huhu.

Kesimpulan untuk tahun ni, sebenarnya segala masalah tu datang dari khilaf kita sendiri. Kalau kita rasa tak kena je pada satu satu benda tu, sebenarnya semuanya datang dari kita sendiri. Hati kita ni bila kata kita suka, benda tu tak akan jadi satu masalah. Tapi bila hati kata benci, memang semua benda jadi masalah. Even masalah tu masalah kecik pun akan jadi besar. Tu lah, jaga hati! And aku anggap semua benda yang terjadi kat aku, aku redha. Aku anggap tahun ni meninggalkan satu memori pahit manis kehidupan. Tak seronok lah kalau life tu straight dengan apa yang kita impikan tanpa halangan dan dugaan. Tak syok. Kata orang, Life is like a roller-coaster, it has its ups and downs, but it's our choices to scream or enjoy the ride. So enjoy je lah! Lagipun dugaan ni menguatkan untuk kita hadapi dugaan yang lagi hebat masa kita dah besar nanti. Tapi kita mesti sentiasa ingat, Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuan. Allah tu Maha pengasihani.

Alhamdulillah. My life as a budak sekolah, taught me a lot of lessons. Aku bersyukur sebab aku ditakdirkan macam ni. Kalau tak, mungkin aku tak jadi Khilwa yang sekarang. Apa pun kita kena bersyukur yaaa.

Fuhhhh. 2 jam jugak update this entry. Masa aku tulis semua memori ni, macam-macam perasaan ada, gembira + sedih + marah + geram + syukur + syukur + syukur. Kehidupan memang banyak mengajar sesuatu. And aku tak sabar nak tahu kehidupan aku seterusnya kat mana dan macam mana. Semoga Khilwa akan lebih tabah dan gembira menjalani hari hari seterusnya di samping keluarga tersayang. Sekian.




Thanks For Reading