Page Not Found .: How's your life?

Saturday, 8 April 2017

How's your life?

Assalamualaikum. Guess what? After SPM aku dapat sambung asasi sains dekat UiTM Dengkil!! Alhamdulillah sekarang dah habis dah pun ;) Satu kejayaan buat khilwa sebab berjaya habiskan asasi sebab masa sem satu aku hampir give up.

Bagi aku, as a slow learner, asasi ni agak susah, stressful and banyak kerja kena buat. Kena jadi super student jugak la. Lebih kurang spm habiskan syllabus dalam masa enam bulan and syllabus tu bukan sikit tau. Bila masuk U ni, first sekali kau kena adapt ialah cara belajar. Sebab tak macam sekolah dulu dah cikgu nak kena ingatkan homework, ingatkan esok belajar apa and latih tubi setiap hari. NO. Sebab awak dah besar ye anak anak.

Sebab apa ye saya hampir give up masa sem satu? Sebab pointer aku tak lepas untuk course yang aku nak gila gila untuk degree. course apa tuuu? Mestilah dentistry. Haha memang koyak habis la. Aku menangis dua hari kot sebab terlalu sedih. Bila bagitau mak ayah lagi la sedih. Bayangkan la kau nampak riak wajah mak ayah berubah bila kau bagitau benda ni. Tapi its okay. They still support and try to understand me. Ye lah, saya bukan tak usaha nak bagi mak ayah happy kan.

Tapi hidup mesti diteruskan! Bila aku muhasabah diri balik, sebenarnya banyaaaak kesilapan aku masa sem satu. Dari segi belajar, segi masa aku spent dengan tuhan and hati yg kuat berprasangka dan merisaukan perkara yang tak patutttt. Aku almost give up tau, lepas asasi aku nak ambik diploma balik sebab nak tukar course agama, Tapi masa sem dua member tak menggalakkan and orang yang patah balik ni is a loser. Sebab peluang tu sikit lagi nak dapat, tapi awal awal kita dah give up.

Sem dua ni aku bersyukur sangat sebab surrounded with positive people. Seriously bersyukur :') Tu salah satu penguat untuk aku terus kan perjuangan!! Okay even takde la excellent mana, carrymarks still tak perform gak hahahahah tapi aku tau aku ada peningkatan. My classmates and housemates memang bae gila lah. Serious duh, sayang sangat dekat dorang. Memang memories kat asasi are unforgettable :)

sumber: twitter

Weh serious dengkil ni memang highly recommended. Sebab aku pun jatuh hati tau dengan segalaaaa apa yang ada kat sini. Sebab semua bendaaaa baruuuu. And kitorang first batch yang habiskan setahun asasi dekat dengkil. Memang perfect la segalanya. Paling best sebab tak ada senior lah. Korang semua sebayaaaa kot. Kira 98s la yg ada kat sini. Tapi kena tabahlah sebab selalu kena bash hahahah #dengkilperform #dengkiljeadalangit LOL



But like seriously, langit dengkil memang cantik pun. Setiap hari mata korang dijamu dengan kecantikan sunrise and sunset. Aku takde la nak share setiap satu bangunan dekat sini sebab tak surprise laaaa kalau adik adik masuk nanti. Explore sendiri lah. Hahaha.

Alhamdulillah, aku memang mengharap waktu belajar time asasi aku dapat create banyak memories with good people tau since dulu aku tak dapat. Bila semua dah besar, semua dah masak dengan perangai orang ni, kita sendiri boleh handle bila ada masalah dengn orang yang macam2 perangai ni. Semua baik baik saje :) Kira doa saya termakbul lah kan.

Kadang aku terfikir tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Hidup kita ni sangat sangat bergantung pada tuhan, So letakkanlah pergantungan itu sepenuhnya. Tuhan tahu yang terbaik untuk kita, dia ada plan yang lebih baik. Sebenarnya, yang kita nak tu tak semestinya memberi kebaikan. Allah lebih mengetahui kemampuan hambanya. 

Lecturer aku ada pesan, belajar lah benda yang kita minat and kita enjoy belajar subjek tu, yang penting skor. Sebenarnya, kita dah besar, parents akan faham dan mereka pun tahu kita boleh buat keputusan sendiri dalam menentukan masa depan. Yang penting jadi orang yang baik baik :)

Aku tahu ada yang lebih baik untuk aku. Sebab Allah ada aturannya. Yang penting kita tak berhenti berdoa dan berusaha. May Allah bless :)







Thanks For Reading

0 panda(s):

Post a Comment